Ignorance is bliss

Permalink

That never-ending cycle

I’ve just been here a little bit over 6 months. I don’t exactly hate this place, but I like Home better. I’ve never gotten used to not seeing my mom for more than 2 weeks. Or my dad for that matter. I also miss my friends. 

Im just getting used to how things work over here. The people, the culture. But every inch of me misses home. That warmth comfort of home. I know how blessed I am to be able to come this far. I know I should be thankful. In fact I am thankful. But I just miss home. 

But the fact that when I go back, that dreaded cycle of having to get used to new environment freaks me out. I will still be the newbie. And I don’t like that, not one bit. Sometimes I still wonder, will this ever be worth it in the end? I just don’t know. I am tired. 

I just wanna take a break. From everything. 

Permalink
Permalink
Permalink

Pertama tama

Langkah pertama! 

Tuhan itu Maha Sempurna, 

Tidak cepat. Tidak lambat. Sentiasa tepat.

Tahniah sayang. 

Langkah sayang. Langkah besar-besar.

Langkah cinta, Langkah deras-deras.

Yakinlah ku disini. Setia menemani. 

Selagi diizinkan AllahuRabbi. 

Aku tunggu kamu di garisan penamat! 

Jubah merah, nanti harus dipakai ‘semart-semart’! 

Ku Doa Tuhan lindungi setiap langkah mu sayang. 

Semoga ku juga diberi peluang menemanimu hingga ke akhirnya.

Teruskan melangkah sayang.

Yakinlah.

Dan tak usah kau bmbang.  

Permalink collegehumor:

You Need to Hire This South Korean Guy Because Look at His Cover Letter
Finally, the last piece of the puzzle to my bank robbery dream team.
Permalink

Cerita dalam kepala

Mudahnya bagi dia. 

Untuk dapat peluang ke luar negara, tajaan biasiswa. 

Sedangkan aku terpaksa melalui jalan yang maha berliku. 

Silap aku dimana? Sebab aku tak pandai bodek? Sebab aku tak pandai mengipas? Sebab aku tak pandai bermain politik?

Bekal yang aku bawa hanya sebuah kejujuran. Dan yakin dengan tuhan. 

I used to be very bitter. Lama-lama aku belajar terima. Aku belajar redha. 

Redha dalam hati. bukan setakat kata-kata yang terbit di bibir. 

Redha. Redha. Redha. Yang Dia tidak akan meletakkan aku di tempat yang tidak sepatutnya. Yakin. Kerana dia yang paling Mengetahui. Yang Nyata. Yang Sembunyi. 

Aku tak pandai bodek. Senjata terakhir aku hanya doa. 

Dia makbulkan doa itu. Terima kasih Mak. Ayah. Cikgu. Kawan-kawan. 

Aku tak tahu doa siapa yang dimakbulkan. Tapi aku tahu kalian mendoakan. Dia. Maha Mendengar. 

Aku tak dengki dia dapat biasiswa itu. Itu rezeki dia. Siapa aku untuk persoalkan. Yang aku terkilan, kenapa aku diperlakukan begitu oleh mereka. 

Tidak takutkah mereka dengan doa org yang dizalimi? Nabi janji doa orang yang dizalimi tidak akan tertolak. Meskipun dia seorang yang jahat. Kerana kejahatan itu untuk dia. Dirinya. Tuhan takkan lupakan doa orang yang kena zalim. 

Susah. Tapi manis. 

Kalau aku tidak susah. Aku tak akan kenal guru aku. Aku tak akan kenal siapa kawan kawan aku.

Kalau aku tidak susah. Aku tak akan cari tuhan aku. 

Biar aku susah. Tuhan, terima kasih. 

Akan aku buangkan semua buruk sangka ini. 

Biar dengan kesusahan ini, aku semakin rapat. semakin dekat pada Mu. 

Aku yakin. Kau tidak akan sia siakan keperitan aku ini. 

Terima Kasih tuhan. Atas HikmahMu. 

Sesungguhnya Kau memang yang terpaling baik. 

"Aku sesuai dengan sangkaan hambaKu padaKu"

Permalink

cinta

aku amat rindu kamu. 

sedalam dalamnya. 

dan masa aku hampir habis. 

itu menjawab persoalan “kalut2 nak pi mana?” kamu. 

Permalink

Tentang dia

Serabut. Tapi aku tak serabut pasal dia. Yang sebenarnya aku serabut pasal kerja-kerja aku yang masih tertunggak. Dua projek research yang aku bantu ni dah lama terbengkalai sebab aku kena amik exam. 

Jadi nak start balik aku jem. Enjin yang dah sejuk ambil masa untuk aku panaskan dan gerak kan seperti sediakala. 

Aku bukan nak cerita tentang kerja. Aku nak cerita tentang dia. Tak, bukan sebab aku suka dia atau apa. cuma aku rasa nak cerita. tu saja. 

Tak. Tak sikit pun aku harap dia baca penulisan aku. Aku tak peduli pun. Tulisan ini lebih bersifat kepada kepuasan peribadi. Tentang apa yang aku rasa. 

Dia pernah hina aku. Melalui kata-kata yang agak kasar dalam sms. Aku diam. Aku sedar tak ada guna pun bertekak dengan orang yang tak stabil. Dan semua yang kenal aku pasti terkejut dengan tindakan aku yang diam. Tak balas. 

Aku putuskan dia. Tak. Sebenarnya hubungan itu tergantung. Dia tiada kata putus. Dia tak berani. Iya. Bukan semua lelaki bersifat jantan. 

Jujur aku kata. Aku redha. Mungkin in the first place aku pun tak begitu serius devotekan jiwa aku padanya. Jujurnya aku cuba. Cuba menjadi normal seperti orang lain. Umur dah meningkat, patut ke aku kahwin? Ah jadinya aku cuba sahaja. 

Kemudian aku sedar aku belum bersedia. Aku tak suka memakai “pants” didalam hubungan itu. Aku tak suka setiap masa kena jadi perkasa. 

Jadi hubungan itu mati. Begitu sahaja. Dia kurang ajar. Aku tidak boleh terima lagi. 

Tak mungkin untuk kesekian kali. 

Permalink
Permalink